Sunday, December 28, 2008

Peraturan Sekolah

Peraturan Sekolah bertujuan untuk membina pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Disiplin sekolah akan meminda dan menambah peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul keperluan. Pindaan dan tambahan ini akan diumumkan dan dikuatkuasakan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk mengetahui dan mematuhi Peraturan Sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah. Semua peraturan yang digubal adalah berdasarkan:
i. Ordinan Pelajaran 1957 ii. Peraturan Pendidikan 1998
iii. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas
iv. Peraturan setempat berdasarkan kesesuaian sekolah.
A. MASA SEKOLAH

Sidang Pagi
1. Ahad hingga Khamis -7.20 pagi hingga 1.10 atau 1.45 petang

Sidang Petang
2. Ahad hingga Khamis - 1.10 petang hingga 6.45 petang

Sebelum Masa Sekolah, pelajar mesti bersedia untuk perhimpunan harian. Pelajar sesi pagi beratur mengikut kelas masing-masing pada jam 7.20 pagi. Pelajar sesi petang beratur di dewan terbuka sekolah sepuluh minit sebelum masa sekolah. Pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada pengawas bertugas atau Guru Disiplin untuk mendapatkan surat salah laku pelajar dan surat iizin masuk kelas. Tanpa surat ini, pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Surat izin ini ditunjukkan kepada guru yang sedang mengajar kemudian dilekatkan pada buku ponteng oleh Ketua Tingkatan.

1 comment: