Sunday, December 28, 2008

E. PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN

1. Pelajar mesti beratur dengan segera mengikut kelas masing-masing.
2. Semasa lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan, pelajar dikehendaki berdiri tegak dan nyanyi bersama.
3. Pelajar tidak boleh bercakap / bising / mengganggu perhimpunan.
4. Pelajar tidak boleh keluar atau masuk dari dewan terbuka semasa perhimpunan.
5. Pelajar yang lewat untuk perhimpunan dikehendaki beratur di tepi dewan dengan senyap.
6. Pelajar dikehendaki mematuhi arahan Pengawas semasa pemeriksaan dilakukan.


F. PERATURAN DI DALAM KELAS / BILIK DARJAH

1. Selepas diambil kedatangan di dewan terbuka, pelajar beratur dan kembali ke kelas masing-masing.
2. Pelajar mesti berdiri dan mengucapkan selamat kepada guru yang masuk ke kelas. Sekiranya Pengetua atau guru-guru yang lain datang melawat kelas, pelajar berbuat demikian juga.
3. Pelajar sentiasa membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis yang sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.
4. Pelajar yang tidak dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran. Pelajar mesti sentiasa bersedia mengikuti pelajaran dan latihan bertulis yang diberikan oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan.
5. Pelajar mesti menyoal atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati guru.
6. Jadual tugas serta pelan duduk di dalam kelas disediakan oleh Ketua Tingkatan mengikut arahan Guru Tingkatan. Tempat duduk pelajar tidak boleh ditukar tanpa keizinan Guru Tingkatan.
7. Pelajar sentiasa berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak.
8. Pelajar hendaklah menghormati Ketua Tingkatan dan pelajar lain.
9. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kelas.
10. Pelajar hendaklah menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Tingkatan atau Pengawal Perabot bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas kepada Guru Tingkatan dengan segera.
11. Pelajar tidak dibenarkan makan / minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik darjah kecuali bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci, gula-gula dan kek (hari jadi,dll) dilarang.
12. Buku teks pelajar dan barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam laci meja.
13. Pelajar yang ingin keluar dari kelas untuk sesuatu urusan mesti mendapatkan keizinan daripada guru dan mendapatkan kad pas daripada guru. Pas dipulangkan kepada guru sebaik sahaja pelajar kembali ke kelas.
14. Pelajar hendaklah keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas membersihkan kelas.
15. Pelajar yang tidak sihat dan perlu berehat di dalam kelas atau di Bilik Pengetua mesti mendapat surat izin daripada Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Pelajar tidak dibenarkan tidur / `berehat’ semasa guru mengajar.
16. Pelajar yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Untuk sebab-sebab lain, ibu bapa atau penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan sebab-sebabnya.


G. PELAJARAN DI BILIK KHAS / DI LUAR KELAS

1. Pada waktu pelajaran Sains (jika menggunakan Makmal Sains) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Komputer atau Pendidikan Seni, semua pelajar di kehendaki tinggalkan bilik darjah dan menuju ke bilik khas dengan langkah yang cepat dan senyap.
2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Pusat Sumber, makmal, bengkel, Bilik Komputer, bilik Pendidikan Seni tanpa kebenaran guru.
3. Pelajar mesti beratur semasa pergi ke bilik khas atau semasa balik ke bilik darjah sendiri. Pelajar tidak dibenarkan singgah di tandas, kantin, kelas lain atau tempat-tempat lain.

H. WAKTU REHAT

1. Pelajar tidak dibenarkan keluar awal untuk waktu rehat kecuali Pengawas, Pengawas Koperasi dan pelajar yang mendapat kebenaran.
2. Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin sekolah. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan sekolah.
3. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.
4. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilk darjah pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas.
5. pelajar tidak dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di luar kawasan sekolah.
6. Pelajar wajib makan dan minum dengan sopan di kantin dan menjaga kebersihan.


7. Peraturan membeli makanan / minuman dan peraturan selepas makan mesti dipatuhi.
8. Pelajar dikehendaki mematuhi masa rehat mengikut tingkatan seperti yang telah ditetapkan.

I. SELEPAS WAKTU SEKOLAH.

1. Pelajar yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan sekolah lain hendaklah balik ke rumah selapas waktu persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah atau di tempat lain.
2. Pelajar yang hendak belajar atau berbincang tentang pelajaran, boleh berbuat demikian di Perpustakaan.


J. GERAK KERJA KOKURIKULUM / SUKAN

1. Semua pelajar wajib mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum.
2. Semua gerak kerja kokurikulum dijalankan di bawah penyeliaan guru penasihat. Pelajar dilarang menjalankan aktiviti kokurikulum di dalam kelas tanpa kebenaran sekolah.
3. Segala kegiatan persatuan / kelab sekolah yang diadakan di luar sekolah atau pada luar waktu yang ditetapkan, mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan ibu bapa terlebih dahulu.
4. Pelajar mesti mematuhi perlembagaan kelab / persatuan / persatuan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.



K. TATATERTIB PERGAULAN

1. Pelajar mesti sentiasa bersopan santun, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap guru, staf sokongan sekolah, pelawat sekolah dan pelajar lain. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang kasar dan tidak bersopan.
2. Pelajar memberi ucapan selamat jika berjumpa dengan guru, staf sokongan sekolah atau pelawat sekolah.
3. Pelajar mesti memberi kerjasama serta mematuhi arahan Pengawas.
4. Pelajar hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam pertuturan di sekolah. Loghat tidak boleh digunakan di dalam sekolah.
5. Segala bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.
6. Pelajar tidak dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar, pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.
7. Pelajar tidak boleh menimbulkan hasutan dan perkara yang sensitif yang boleh mewujudkan suasana tidak harmonis di sekolah.
8. Pelajar dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.
9. Pelajar tidak boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran atau kebenaran sekolah.
10. Pelajar hendaklah sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran.
11. Pelajar juga dikehendaki menyertai aktiviti sekolah dengan giat dan bertanggungjawab.
12. Pelajar tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar lain / pelajar sidang lain semasa pelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah.
14. Pelajar dilarang mengutip wang daripada pelajar lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Urusan jual beli antara pelajar di sekolah tidak dibenarkan.


L. PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH

1. Tanpa kebenaran, pelajar tidak dibenarkan memasuki Pejabat, Pejabat Pengetua, Bilik Guru, Pusat Sumber, makmal, dewan dan bilik khas lain. Peraturan bilik-bilik khas hendaklah dipatuhi.
2. Tanpa kebenaran, pelajar tidak boleh memasuki bilik darjah lain. Pelajar yang memasuki kelas lain tanpa kebenaran / semasa ketiadaan orang lain di dalam bilik darjah itu boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menceroboh.
3. Pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
4. Pelajar hendaklah cermat menggunakan kerusi dan meja, air / elektrik, tidak merosakkan kolam ikan, tapak taman bunga, tidak mengotor / merosakkan tandas, atau menyalahgunakan alat pemadam api.
5. Pelajar bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan cermat. Kemudahan di sekolah seperti padang bola, internet, siaraya dan komputer hanya boleh digunakan jika ada kebenaran pihak sekolah.
6. Meja, kerusi dan sebarang harta benda sekolah tidak boleh dialihkan dari satu bilik / dewan ke tempat lain tanpa kebenaran sekolah.
7. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.

M. PELAJAR YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH

1. Pelajar tidak digalakkan membawa kereta ke sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan diletak di dalam kawasan sekolah. Kereta yang diletak di luar kawasan sekolah hendaklah tidak menggangu penghuni / pengguna jalan raya.
2. Pelajar yang membawa motorsikal dan basikal ke sekolah hendaklah meletakkan kenderaan tersebut di tempat yang telah dikhaskan untuk pelajar sahaja.
3. Topi keledar tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah.
4. Pelajar tidak dibenarkan menunggang motorsikal atau basikal di kawasan sekolah termasuk pada hujung minggu atau hari cuti sekolah.
5. Pelajar hendaklah menjaga ketenteraman dan bertimbang rasa terhadap kenderan pelajar lain ketika mengeluarkan kenderan sendiri semasa hendak balik.

No comments:

Post a Comment