Sunday, December 28, 2008

B. KETIDAKHADIRAN PELAJAR

1. Semua pelajar mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pengetua.

2. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan cuti sakit daripada ibu bapa atau penjaga dengan segera. Surat daripada ibu bapa atau penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Kertas buku latihan tidak akan dilayan.

3. Pelajar yang memberi surat doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan tatatertib.

4. Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang sekolah.

5. Pelajar wajib memberi nombor telefon rumah dan pejabat ibu bapa atau penjaga kepada Guru Tingkatan pada minggu pertama persekolahan. Jika tiada nombor telefon saudara atau jiran mesti diberi untuk perhubungan ketika berlaku kecemasan.

6. Pelajar mesti memberitahu Guru Tingkatan sebarang pertukaran alamat surat-menyurat dan nombor telefon dengan segera.

Garis panduan tindakan displin pelajar ponteng adalah seperti berikut:

a) Surat Amaran 1 ( Biru )
tidak hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari
berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

b) Surat Amaran 2 ( Kuning ) + ( Kaunseling )
10 hari berturut- turut atau 20 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

c) Amaran Ketiga ( Merah / Kaunseling / Ibu bapa dipanggil )
17 hari berturut turut atau 40 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.


d) Buang Sekolah ( Ibu bapa dipanggil / Surat rasmi daripada Pengetua / Pos )
31 hari berturut turut atau 60 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

( Semua surat amaran akan diuruskan oleh Guru Kelas / dengan pengetahuan HEM dan Guru Kelas akan menelefon ibu bapa / penjaga setiap kali surat amaran dikeluarkan. )

No comments:

Post a Comment