Tuesday, January 20, 2009

ISU MEMASANG CCTV DI SEKOLAH

PKPIM CADANG MELABUR DALAM PENDIDIKAN MANUSIAWI BERBANDING MEMASANG CCTV
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan kerajaan untuk memasang CCTV di sekolah yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet perlu dipertimbangkan dengan sedalam mungkin. PKPIM melihatkan isu pemasangan CCTV ini di sekolah atau di mana- mana institusi pendidikan sekalipun tidak akan menyelesaikan masalah gejala sosial di kalangan pelajar sekolah.

Isu gejala sosial di kalangan pelajar sekolah hari ini telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Setiap hari kita mendapat maklumat mengenai isu gejala sosial yang melibatkan para pelajar sekolah di dalam media. Dahulunya, isu keruntuhan moral di kalangan pelajar tidak mendapat liputan yang meluas dalam media. Liputan yang meluas ini sepatutnya memberi kesedaran dan menyentak kita bahawa isu keruntuhan moral ini perlu ditangani dengan segera.Isu keruntuhan moral di kalangan pelajar hari ini melibatkan salah laku kecil sehinggalah kepada perbuatan jenayah berat seperti membunuh, rogol, memukul dan bergaduh yang sering berlaku.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa peratusan kes jenayah di kalangan pelajar meningkat tahun lepas iaitu 5, 543 berbanding pada tahun 2004 sebanyak 5, 140. Dalam statistik yang lain pula, mengikut Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral di kalangan pelajar sedikit menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2 peratus pada 2004.
Peratusan ini walaupun nampak kecil, akan tetapi ianya mewakili 100, 000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta. Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan selesa, ini kerana bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang ramai itu.Isu disiplin pelajar sampai ke tahap yang membimbangkan.

Malah yang terkini ialah apabila seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Desa berumur 12 tahun memukul guru sekolahnya yang berumur 26 tahun dengan penyodok apabila beliau dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan diminta untuk menyiapkan kerja sekolah sambil berdiri.

Isu ini dikategorikan serius kerana bagaimana dalam peringkat umur yang begitu muda itu iaitu 12 tahun sudah berani melakukan tindakan ganas terhadap seorang guru. Dalam kes yang berlainan, di Kedah, seorang guru disiplin Sekolah Menengah Datuk Syed Omar berumur 39 tahun dibelasah sehingga mengalami kecedaraan parah di muka dan badan kerana menangkap seorang pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan. Beliau dibelasah, ditendang dan ditumbuk bertubi- tubi oleh dua orang pelajar tingkatan lima ketika majlis perhimpunan berlangsung.

Dalam kes yang sama di Kedah, seorang guru perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang telah ditampar oleh seorang pelajar perempuan tingkatan empat apabila guru tersebut menegur kesilapan pelajar perempuan tersebut. Akibat merasa sedih yang amat sangat apabila seorang guru diperlakukan seperti itu, guru itu membuat laporan polis.
Sebenarnya banyak lagi kes disiplin pelajar yang berlaku saban hari dan ianya semakin membimbangkan. Sekiranya ini tidak ditangani dengan sempurnya dan baik, dikhuatiri hasrat murni kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berwawasan serta berakhlak mulia tinggal harapan sahaja. Malah masa depan negara tidak akan menjaminkan kestabilan kerana generasi yang ada hari ini penuh dengan masalah dan krisis. Mana mungkin generasi yang bermasalah ini dapat memimpin dengan baik masa depan negara.

Hasrat memasang CCTV mungkin ada kewajarannya, berdasarkan kes disiplin pelajar di sekolah yang semakin meningkat. PKPIM bersetuju apa jua hasrat untuk menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Akan tetapi beberapa pertimbangan perlu difikirkan agar kita dapat menyelesaikan masalah mengikut ramuan yang sepatutnya.PKPIM memandang, isu disiplin pelajar ini perlu ditangani bersama.
Displin pelajar bukan sahaja terletak di tangan guru disiplin, sekolah ataupun polis. Ianya perlu melibatkan masyarakat yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, NGO, ibu bapa dan media. Sebagai generasi muda, golongan pelajar perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar, bukannya menghukum.

Pendekatan menghukum tanpa didikan yang sepatutnya tidak relevan lagi hari ini. Pemasangan CCTV dilihatkan sebagai langkah berjaga- jaga masalah disiplin pelajar yang akhirnya sekiranya dapat ditangkap akan dihukum juga. Memasang CCTV sebagai alat kawalan pelajar bukan menyelesaikan masalah utama pelajar itu. Pelajar itu perlu dilihatkan sebagai sumber manusia yang telah dipengaruhi dengan pelbagai elemen- elemen luaran yang banyaknya tidak baik. Mereka ini perlu diberi pendekatan manusiawi sekiranya kita serius untuk memulihara dan memperbaiki akhlak mereka.Malah, ibarat tangan yang luka, kaki yang dibalut.
Pemasangan CCTV juga melibatkan kos yang tinggi. Adalah baik sekiranya kos itu dilaburkan untuk program- progam latihan untuk memperbaiki jati diri pelajar, kem kecemerlangan pelajar, pendidikan, penyelidikan dan sebagainya. PKPIM yakin, pelajar hari ini bukan sahaja tidak mahu dikongkong seperti dalam penjara apabila banyak CCTV diletakkan di sekolah- sekolah untuk mengawal aktiviti mereka, yang paling penting mereka ini mahukan pendedahan dan pengalaman yang akan membantu mereka.

Pelajar hari sudah bersikap terbuka dan matang, bukan dilayan seperti budak- budak kecil lagi.PKPIM juga menyeru agar sistem pendidikan negara dikemaskini iaitu yang melibatkan pemahaman mendidik di kalangan guru, ibu bapa dan masyarakat. Kehadiran pelajar ke sekolah bukan dilihatkan sebagai sumber keuntungan, sumber manusia bagi sekolah untuk mengejar matlamat material, akan tetapi dilihatkan sebagai aset kepimpinan negara. Ianya perlu dididik dan disemai dengan budi pekerti yang baik.

Seorang guru tidak hanya memuntahkan maklumat atau ilmu yang dia ada di kelas kemudian habis. akan tetapi mempunyai sikap mendidik iaitu faham psikologi anak murid, mesra, kasihan, suka membantu dan sebagainya.
Seorang guru perlu mempunyai sikap mendidik, bukan mengajar.Dalam sudut yang lain juga, hari ini kita hidup dalam pendemokrasian hiburan dan stesyen TV, menyebabkan kebanjiran program hiburan yang datang dari pelbagai arah Barat atau Timur. Akan tetapi, yang banyak mempengaruhi pengisian hiburan ini ialah elemen- elemen negatif.
Siapakah yang mempengaruhi atau meransang seorang anak murid berumur 12 tahun untuk bertindak ganas sekiranya dia tidak menonton siaran TV yang ganas, misalnya rancangan gusti WWE. Malah banyak lagi pengaruh TV dan hiburan yang menjadi peransang kepada isu disiplin pelajar hari ini.Oleh itu PKPIM menegaskan, para pelajar perlu diberi pendekatan mendidik yang manusiawi sifatnya, bukan menggunakan pendekatan menghukum semata.
Isu pemasangan CCTV tidak akan menyelesaikan masalah disiplin pelajar. CCTV dapat mengawal dan memerhatikan aktiviti pelajar, akan tetapi tidak dapat menjadikan pelajar menjadi lebih manusiawi dan baik. Malah, ada juga yang menyindir, akhirnya para pelajar menjadi ‘artis’ apabila banyak sangat ‘kamera diletakkan di sekolah- sekolah.

MOHD HILMI RAMLI
Setiausaha AgungPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Wednesday, January 14, 2009

Nourish Your Brain

Nourish the brain

Memory loss and poor concentration are usually due to an insufficient of essential nutrients to the brain. Nutritional deprivation in essential starves the brain and is a major factor in deterioration of brain power.
A deficiency in essential fatty acids(EFAs) causes memory loss and other learning problems. Thus, increasing your arachidonic acid (AA), docosahexaeoic acid (DHA) and gamma linolenic acid (GLA) intake is beneficial in boosting your brain power.
Many researchers are increasingly recognising the possibility that DHA has a crucial influence on neurotransmitters in the brain, helping brain cells to better communicate with each other. On the other hand, AA is needed for the development of short-term memory.
Besides Efas, proteins are also essential to improve mental performance, as they are required for the production of neurotransmitters that affects mood, thought and action. Protein provides the building block for nerves and brain. Spirulina contains 65-71 per cent complete protein, with all essential amino acids in perfect balance. Proteins are found in fish, meat, milk and cheese.
You need to get out and exercise too, not get stuck in your books all the times. Do not work in or on your bed-keep your bed for relaxation and sleep. Start to relax yourself at least an hour before you intend to sleep and spend time doing something more relaxing.
For Muslims students do not forget to recite the Holy Quran at least 10 verses before going to sleep and perform your ablution.