Monday, December 29, 2008


Kata-kata Aluan :


Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan makbulNya kita dapat melangkah ke tahun baru 2009. Semga kita memulakan tahun baru 2009 dengan penuh azam dan semangat baru untuk menunaukan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua guru yang telah bertungkuslumus menghasilka kejayaan yang cemerlang sepanjang sesi 2008. Sama-samalah kita mendarjatkan SMK Seri Berang ketahap yang lebih cemerlang.

Sunday, December 28, 2008

Peraturan Sekolah

Peraturan Sekolah bertujuan untuk membina pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Disiplin sekolah akan meminda dan menambah peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul keperluan. Pindaan dan tambahan ini akan diumumkan dan dikuatkuasakan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk mengetahui dan mematuhi Peraturan Sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah. Semua peraturan yang digubal adalah berdasarkan:
i. Ordinan Pelajaran 1957 ii. Peraturan Pendidikan 1998
iii. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas
iv. Peraturan setempat berdasarkan kesesuaian sekolah.
A. MASA SEKOLAH

Sidang Pagi
1. Ahad hingga Khamis -7.20 pagi hingga 1.10 atau 1.45 petang

Sidang Petang
2. Ahad hingga Khamis - 1.10 petang hingga 6.45 petang

Sebelum Masa Sekolah, pelajar mesti bersedia untuk perhimpunan harian. Pelajar sesi pagi beratur mengikut kelas masing-masing pada jam 7.20 pagi. Pelajar sesi petang beratur di dewan terbuka sekolah sepuluh minit sebelum masa sekolah. Pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada pengawas bertugas atau Guru Disiplin untuk mendapatkan surat salah laku pelajar dan surat iizin masuk kelas. Tanpa surat ini, pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Surat izin ini ditunjukkan kepada guru yang sedang mengajar kemudian dilekatkan pada buku ponteng oleh Ketua Tingkatan.
B. KETIDAKHADIRAN PELAJAR

1. Semua pelajar mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pengetua.

2. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan cuti sakit daripada ibu bapa atau penjaga dengan segera. Surat daripada ibu bapa atau penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Kertas buku latihan tidak akan dilayan.

3. Pelajar yang memberi surat doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan tatatertib.

4. Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang sekolah.

5. Pelajar wajib memberi nombor telefon rumah dan pejabat ibu bapa atau penjaga kepada Guru Tingkatan pada minggu pertama persekolahan. Jika tiada nombor telefon saudara atau jiran mesti diberi untuk perhubungan ketika berlaku kecemasan.

6. Pelajar mesti memberitahu Guru Tingkatan sebarang pertukaran alamat surat-menyurat dan nombor telefon dengan segera.

Garis panduan tindakan displin pelajar ponteng adalah seperti berikut:

a) Surat Amaran 1 ( Biru )
tidak hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari
berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

b) Surat Amaran 2 ( Kuning ) + ( Kaunseling )
10 hari berturut- turut atau 20 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

c) Amaran Ketiga ( Merah / Kaunseling / Ibu bapa dipanggil )
17 hari berturut turut atau 40 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.


d) Buang Sekolah ( Ibu bapa dipanggil / Surat rasmi daripada Pengetua / Pos )
31 hari berturut turut atau 60 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

( Semua surat amaran akan diuruskan oleh Guru Kelas / dengan pengetahuan HEM dan Guru Kelas akan menelefon ibu bapa / penjaga setiap kali surat amaran dikeluarkan. )
C. PAKAIAN DI SEKOLAH

1. Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah , mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
2. Baju-T sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu sekolah seperti bergotong-royong, permainan dan aktiviti seumpamanya.
3. Pelajar wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradap di sekolah, termasuk ketika menghadiri kelas tambahan, konsert atau berurusan di sekolah

Pakaian pelajar lelaki

1.1 Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive)
1.2 Kemeja putih berlengan pendek jenis kain kapas.lengan baju 1-3cm dari siku
1.3 Kemeja putih berkolar tiada lisu di depan dan belakang.
1.4 Pelajar bukan pengawas / pengawas pusat sumber tidak dibenarkan memakai baju berlengan panjang.
1.5 Singlet putih/baju dalam berwarna putih sahaja yang boleh dipakai dalam baju kemeja. ( pastikan lengan baju dalam tidak melebihi lengan baju kemeja)
1.6 Poket butang berwarna tidak dibenarkan.
1.7 Poket lebih tidak dibenarkan
1.8 Mesti ditampal “daun petaling” untuk pelajar sesi pagi sahaja.
1.9 Mesti dijahit Lencana,dan tag nama
1.10 Ukuran seluar kaki 8-9 inci/ tidak melebihi 1/2 tapak kaki( kaki seluar lebih lebar tidak dibenarkan)
1.11 Paras bukulali ( singkat atau terlalu labuh tidak dibenarkan )
1.12 Kaki seluar mestilah dilipat ke dalam dan berjahit
1.13 Kaki seluar yang senteng dan ketat tidak dibenarkan.
1.14 Seluar terlalu kembang dan lisu-lisu yang banyak tidak dibenarkan.
1.15 Poket pada bahagian peha tidak dibenarkan.
1.16 Poket/kocek belakang berpelapik atau kocek tampal tidak dibenarkan.
1.17 Kelangkang seluar yang sesuai dan menutupi pusat. Tidak terlalu pendek di
bawah pusat.

1.18 Seluar londeh tidak dibenarkan.
1.10 Pada hari Jumaat pelajar-pelajar lelaki Islam digalakkan memakai baju melayu yang lengkap ( baju dan seluar putih samping hijau dan songkok hitam)

2.0 Pakaian pelajar perempuan

2.1 Blouse putih, pinafore turquoise berwarna sian yang labuhnya hendaklah melepasi lutut.
2.2 Baju kurung teluk belanga dan kain sarung “A” line atau bersusun di sebelah kiri.
Baju kurung mestilah sentiasa di butang dan kain sarung bersusun di sebelah tepi.
2.3 Mereka juga dikehendaki memakai anak baju (camisole) hingga ke paras pinggang.
2.4 Baju kemeja berwarna putih,lengan pendek,berkolar dan tiada lisu di depan dan di belakang.
2.5 Baju kurung berwarna putih, labuh sampai ke paras lutut, berlengan panjang dan mesti di letak butang atau kerongsang.
2.6 Pelajar-pelajar perempuan Islam dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu berwarna putih berbentuk 3 segi 2 sama dan kain lembut polister.
Ukuran tudung: Dari sisi - di bawah paras bahu.
Dari depan hujung - di bawah paras pusat.
Dari belakang hujung - di bawah paras pinggang.
2.7 Mesti dilipat dan di letakan peniti bersaiz kecil dan tidak berwarna.
2.8 Tiada hiasan tepi tudung- contoh: renda atau sulaman.
2.9 Anak tudung berwarna putih untuk hari persekolahan.
2.10 Anak tudung berwarna hitam untuk aktiviti sekolah/ kokurikulum/PJK.
2.11 Tidak boleh menggunakan plastik penggeras tudung style waheeda / Bienda.

3.0 Kasut
3.1 Kasut getah warna putih
3.2 Kasut kanvas putih yang boleh dikapurkan.
3.3 Tinggi tidak melebihi paras buku lali
3.4 Pelajar dilarang memakai selipar terompah, but, high-cut
3.5 Kasut kulit / kasut sukan dilarang sama sekali walaupun berwarna putih.
3.6 Tali kasut tidak boleh dililit tetapi mesti diikat dengan kemas
3.7 Tali kasut mestilah berwarna putih sahaja.
3.8 Pelajar Tingkatan 6 dibenarkan memakai kasut kulit hitam sahaja.

4.0. Stoking
4.1 Berwarna putih berukuran 20cm dari tapak
4.2 Tidak bercorak atau mempunyai hiasan / belang-belang
4.3 Ukuran menutupi atas bukulali

5.0. Lencana

5.1 Lencana nama pelajar hendaklah di sematkan di sebelah kiri dada kemeja / blouse/ baju kurung/ baju melayu.
5.2 Pelajar perempuan yang memakai mini telekung dikehendaki menyematkan lencana di sebelah kiri mini telekung.
5.3 Bagi pelajar sesi pagi lencana daun petaling hendaklah dilekatkan pada kolar kiri /leher kiri baju kurung atau baju melayu .
5.4. Lencana tidak boleh di warnakan atau diconteng .
5.5 Mesti dijahit menggunakan benang putih
5.6 Tidak dibenarkan tampal sahaja
5.7 Lencana yang lusuh / kabur / tidak jelas perlulah diganti baru.




6.0 Tanda nama

6.1 Dilekatkan di tudung atau baju kurung/ pinafore/ kemeja .
6.2 Dijahit menggunakan benang putih
6.3 Kedudukan di atas pada lencana sekolah
6.4 Pelajar yang memakai tudung juga di kehendaki menjahit tanda nama di atas tudung.
6.5 Mestilah mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk setiap tingkatan.
6.6 Tanda nama yang lusuh / kabur / tidak jelas perlu diganti
6.7 Boleh ditempah melalui Koperasi Sekolah
6.8 Pelajar yang tiada tanda nama akan dikenakan tindakan disiplin
6.9 Pelajar-pelajar dilarang :-
(a) memakai tag nama pelajar lain,
(b) menconteng / merosakkan tag nama, dan
(c) mengubah huruf dan angka pada tag nama.


7.0 Tali leher
7.1 Tali leher wajib dipakai pada hari perhimpunan rasmi sekolah kecuali pelajar perempuan yang memakai baju kurung.
7.2 Mesti di ikat kemas panjang sehingga paras pusat.
7.3 Tali leher tidak boleh diikat pendek/ kontot
7.4 Tidak boleh menggunakan tali leher selain tali leher sekolah.
7.5 Bahagian bawah tali leher mestilah dibiarkan tajam.
7.6 Pelajar dilarang menconteng, melukis gambar pada tali leher.
7.7 Tali leher yang diconteng/ dilukis / kabur / lusuh perlu diganti baru.

8.0 Tali pinggang

8.1 Tali pinggang hendaklah berwarna hitam atau coklat tua
8.2 Lebar tali pinggang ialah 1.5cm hingga 3cm.
8.3 Pelajar tidak di benarkan memakai tali pinggang yang berkepala besar / lebih 2 inci
8.4 Tali pinggang berwarna putih dan lain –lain warna tidak di benarkan .
8.5 Tali pinggang yang tidak mematuhi syarat akan dirampas.
D. KEKEMASAN DIRI


1. Pelajar dilarang memakai hiasan yang tidak dibenarkan.

RAMBUT

SEMUA PELAJAR

1. Rambut tidak boleh dikerinting atau diwarnakan / celup.
2. Rambut berfesyen tidak dibenarkan. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut’.
3. Rambut yang berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.

PELAJAR LELAKI

· semua pelajar lelaki hendaklah berambut pendek,kemas dan digunting menggunakan saiz no. 3 selaras dengan mandat PIBG SMK Seri Berang, Hulu Terengganu.
· tidak dibenarkan mengkeriting atau mewarna rambut
· tidak dibenarkan membotakan rambut atau menyimpan gaya rambut jenis skin- cut atau skin-head.
· rambut di atas atau bahagian tengah kepala tidak melibihi 6 cm panjang.
· pelajar dilarang sama sekali berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk,berekor dan diwarnakan,Trojan / durian / ceracak atau apa sahaja fesyen yang tidak menggambarkan imej seorang pelajar.
· pelajar juga dilarang memakai gel dan membentuk rambut seperti ‘trojan,ceracak,durian,dan seumpamanya
· pelajar tidak dibenarkan mengukir apa-apa perkataan atau bentuk pada rambut / kepala.



PELAJAR PEREMPUAN

· pelajar perempuan dilarang berambut pendek yang menyerupai lelaki.
· reben besar dan klip rambut berwarna-warni tidak dibenarkan.
· pelajar perempuan Islam yang mewarnakan rambut mestilah menghitamkan semula, jika tidak pelajar tersebut diwajibkan memakai tudung / mini telekung.
KUKU


· kuku hendaklah pendek dan bersih.
· Semua pelajar dilarang berkuku panjang. Sekiranya mempunyai kuku panjang pihak sekolah berhak memotongnya pendek .
· pelajar dilarang mewarnakan kuku /mengecat kuku walaupun dengan menggunakan inai .
· pelajar yang engkar dengan arahan memotong kuku akan dikenakan tindakan disiplin.


KENING

. pelajar tidak dibenarkan mencukur,mencabut atau mentatoo bulu kening.
· pelajar juga dilarang mencukur/mencabut/mengunting semua jenis bulu di kawasan muka kecuali misai/kumis dan janggut.
· pelajar dilarang menggunakan celak aneka atau mascara atau apa saja alat solek.
· Pelajar dilarang memakai subang pada kening



BARANG KEMAS / HIASAN

1. Semua pelajar dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan barang-barang kemas lain.
2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai subang dan anting-anting.
3. Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak berfesyen dan tidak ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk cincin, diamternya tidak boleh melebihi 1.2 cm.
4. Pelajar tidak dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen keterlaluan.
5. Pelajar dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada mana-mana bahagian tubuh badan.
6. Barang hiasan untuk beg seperti `soft toys’ loceng dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.