Ramai pelajar yang kecewa dan menyesal ketika menerima keputusan peperiksaan yang tidak begitu membanggakan. Kekecewaan dan penyesalan ini timbul kerana usaha yang bersungguh-sungguh telah di buat, namun untuk mendapat keputusan yang cemerlang tidak berhasil. Ramai pelajar yang gagal dalam ujian atau peperiksaan bukan kerana mereka tidak berusaha, tetapi banyak aspek harus diambil kira, seperti disiplin belajar, jadual belajar atau teknik menjawab yang kurang berkesan.
Pelajar yang berhasrat untuk mendapat keputusan yang cemerlang, haruslah memperlengkapkan dirinya dengan beberapa petua menjadi pelajar yang cemerlang. Di bahagian ini akan disenaraikan beberapa petua yang boleh diikuti pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang mampu menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Petua-petua tersebut ialah:-
-menghormati ibu bapa
-yakin kepada kebolehan diri
-teknik belajar yang berkesan
-bercita-cita tinggi
-melihat proses belajar dari sudut positif
-belajar berterusan
-bijak mengurus masa
-taat perintah agama
-berdisiplin
-menghormati guru
No comments:
Post a Comment