Tuesday, November 3, 2009


AL-FATIHAH BUAT BONDA TERSAYANG:
PN.HJH.HALIMAH BT. HJ. MOKHIDI.
28 Oktober 2009, Rabu, 8.20pm(9 Zulkaedah 1430)-
Insan yang tersayang dan mulia telah kembali menemui Qadhi Rabbul Jalil, dalam keadaan amat tenang dan damai. Allahyarhamah telah mula nazak pada petang Rabu skira-kira waktu Asar, badan dan dahi telah mula berpeluh, tetapi masih boleh memberi respond ketika diajar kalimah tauhid oleh Abg Adam. Abg Sam dan Abg Mian serta kakak yang lain yang telah berada disamping bonda. Kira jam 8.00 malam kaki ibu mulai sejuk dan perlahan-lahan rasa sejuk itu mula naik keatas diikuti dengan getaran-getaran di tubuh ibu. Pada kira-kira jam 8.15malam ibu memandang ke atas seolah-olah memandang sesuatu yanag menakjubkan dan tidak lama selepas itu mata dan mulut ibu tertutup buat selama-lamanya dengan lafaz ALLAH ibu pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.
Bonda tersayang telah menghabiskan usianya selama 91 tahun membantu penduduk setempat dan sekitarnya sebagai bidan dan urutannya yang amat disenangi oleh ramai wanita dan kanak-kanak yang bermasalah. Bonda telah mengikut jejak Ayahnda yang telah dahulu kembali ke RAhmatullah pada 25 September 2003, dengan penyakit yang sama....stroke. Bonda diserang stroke pada 4 Ramadhan 1430, setelah menghabiskan puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban. Kami anak-anak semua sentiasa mendoakan kesejahteraan ayahnda dan bonda semoga mendapat pengampunan dan rahmat Allah yang tidak putus-putus.
Allah huma firli waliwalidayya, warhamhuma kama rabbayani soghiro...Ya Allah ampunilah aku dan kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani ku semasa aku masih kecil...Amin.